Lamanya tak update blog ni, ke mana lah pegi pemiliknya kan.
Tentu ada yang tertanya-tanya. Secara jujurnya saya agak malas untuk update blog kerana kekosongan idea. Di tambah dengan kesibukan projek-projek yang sedang berjalan membuatkan saya kadang-kadang terlupa akan kewujudan blog ini.
Ok berbalik pada tajuk di atas, setelah agak lama video perkahwinan saya tersimpan di dalam Hard Disk saya, akhirnya semalam saya cuba untuk memainkan video tersebut melalui komputer saya. Menggunakan pelbagai software dan video-video codec yang ada, bagaimanapun percubaan tidak berjaya.
Format video yang saya cuba mainkan adalah dalam bentuk MTS. File video ini di ambil dari kamera video Sony HDR-SR12E dengan video High Definition. Setelah membuat pertanyaan pada pakcik Google dan melayari pelbagai website video. Saya mendapat rumusan bahawa adalah terlalu sukar untuk memainkan file video MTS ini dalam bentuk asalnya.
Jadi saya memulakan eksperimen untuk mencari format yang sesuai untuk di”encod”kan supaya video ini dapat di mainkan oleh player video komputer biasa. Encoder yang saya gunakan adalah ImTOO MPEG Encoder Platinum dan format yang saya pilih adalah VOB untuk format DVD Video.
Saya memilih format ini kerana kebanyakan Player video di rumah menggunakan player DVD dan jarang saya jumpa yang boleh memainkan player Full HD, mungkin kerana agak baru lagi dan penggunaan yang belum meluas.
Untuk Editing Video saya gunakan Cyberlink Power Director dan proses burning pula menggunakan Nero Burning ROM 6.
Ini perkongsian saya buat masa ini dan kalau ada apa-apa update akan saya kemaskini nanti.
Jika ada sebarang cadangan atau perkongsian mengenai video MTS saya sangat hargai sekiranya anda tinggalkan di ruangan komen.











