
Kempen Sejuta Tanda Tangan
Salam buat semua, semoga sentiasa sihat dan bertambah maju dan jaya sempena tahun baru ini.
Kedatangan tahun baru 2009 ini di kejutkan lagi dengan keganasan Israel yang semakin menjadi-jadi. Nyawa orang awam dan kanak-kanak yang tidak berdosa tiada ertinya bagi kaum Yahudi ini. Semakin hari, semakin bertambah kemusnahan infra, bilangan nyawa yang terkorban, perpecahan keluarga dan kedaifan pada anak-anak Palestin.
Kita di Malaysia sedia maklum akan keadaan yang menyedihkan ini. Tapi apakah tindakan kita? Mampukah kita ke sana dan berjuang bersama mereka mengangkat senjata bersama-sama. Tentunya tidak. Jadi apa yang dapat kita sumbangkan kepada mereka yang sangat memerlukan bantuan kita ini?
Semalam, (08/01/2009) saya bersama beberapa rakan telah hadir pada mesyuarat untuk menjayakan Kempen Sejuta TandaTangan Menentang Keganasan Israel bertempat di Pejabat Operasi Sahabat Palestine di Setiawangsa. Alhamdulillah di sana terdapat beberapa sukarelawan yang sanggup untuk bekerjasama menghulurkan bantuan tenaga dan material bagi melengkapkan lagi pejabat yang serba kekurangan ini.
Peralatan bagi kami menjalankan kempen sememangnya serba kekurangan dan sebagai pertubuhan sukarelawan, sememangnya kami mengharapkan untuk mempunyai lebih ramai sukarelawan, sumbangan dan bantuan bagi membolehkan operasi dan kempen berjalan dengan lancar. Antara keperluan yang untuk pejabat operasi Sahabat Palestine termasuklah alat tulis, alatan pejabat seperti komputer, pencetak, mesin faks, meja pejabat, papan notis, kipas/alat penghawa dingin dan juga tenaga kerja sukarelawan.
Sedikit tentang kempen Sahabat Palestine yang sedang dijayakan.
Kami sedang menjalankan kempen SEJUTA TANDATANGAN sebagai tanda marah dan protes atas kezaliman Zionis keatas rakyat Palestine yang selama ini.
Kami sedang cuba mengumpulkan sejuta tandatangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, pangkat dan ugama.
Tandatangan yang dikumpulkan ini akan diserahkan kepada Kedutaan Amerika pada 16 hb Januari 2009 jam 3.30 petang dengan resolusi Mengutuk Keganasan Dan Kezaliman Israel Yang Berbentuk STATE TERRORISM Keatas Rakyat Dan Bumi Palestin. Kami juga bekerja sama dengan pelbagai NGO lain untuk menjayakan misi ini.
Selain kempen Sejuta TandaTangan, Sahabat Palestine juga menjalankan kempen memboikot barangan sekutu Israel bagi menunjukkan rasa marah dan sebagai amaran kepada sekutu-sekutu Israel.
Permulaan ini kita akan memboikot 3 barangan utama ini..
1. Coca-cola
2. McDonald’s
3. Tesco
Untuk maklumat lanjut mengenai Sahabat Palestine dan Kempen Sejuta TandaTangan Menentang Keganasan Israel anda boleh layari Sahabat Palestine di www.sahabatpalestine.blogspot.com










