Search?

sitename

norshah.net

  • Home
  • Penulis
  • Rss

Musim Kenduri Kahwin

Posted By: Norshah  Permalink in Peluang Buat Wang, Peribadi

3

Nov

Wah, bulan ni betul-betul sibuk dengan macam-macam hal tentang perkahwinan. Minggu lepas sahaja 4 dari rakan saya telah melangsungkan majlis perkahwinan dengan pasangan masing-masing. Sibuk juga dengan persiapan majlis perkahwinan saya dan pasangan saya akhir Disember ini.

Apa pun, dunia dalam internet harus di jaga, yang kini merupakan salah satu dari sumber pendapatan utama saya. Berita terkini 6dgr.com (satu laman social networking seperti myspace dan friendster yang membayar anda untuk menggunakannya secara percuma) telah pun mengumumkan pembayaran melalui Paypal bagi mereka yang berada di luar Amerika Syarikat. Ini merupakan berita baik untuk kita kerana satu lagi peluang untuk pendapatan sampigan secara percuma untuk kita di Malaysia.

Untuk anda yang mahu mengetahui serba sedikit mengenai 6dgr.com bolehlah ke sini

no comment

Al-Fatihah Buat Allahyarham Samad Lefthanded

Posted By: Norshah  Permalink in Peribadi

23

Oct

Samad Lefthanded

Samad Lefthanded

Baru sebentar tadi, saya terima sms dari Eddy (Aisunam) tentang pemergian Allahyarham Samad (Lefthanded), atau nama penuhnya Abdul Samad Mian, 45 tahun. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 1:30 petang tadi.

Berikut petikan dari Bernama :

KUALA LUMPUR: Pemain gitar utama kumpulan rock Lefthanded, Abdul Samad Mian meninggal dunia di sini hari ini.

Menurut isterinya, Norliza Sumairi, Samad terjatuh kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi ketika berada di pejabat abangnya di Ampang.

Samad, 45, kemudian dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan sudah meninggal dunia.

Norliza berkata jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hulu Langat petang ini.

Allahyarham meninggalkan empat orang anak berumur antara enam dan 18 tahun.

Sejak meninggalkan Lefthanded kira-kira dua tahun lalu, anak kelahiran Johor Baharu ini lebih banyak menumpukan masanya sebagai pemuzik undangan selain menjalankan perniagaan sendiri.Beliau yang menyertai dunia muzik sejak berumur 20 tahun, pernah menjadi pensyarah sambilan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Samad memenangi anugerah kategori Album Rock Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 1995.- Bernama

Malaysia kini kehilangan seorang lagi bintang berbakat tinggi dalam dunia seni hiburan.

Al- Fatihah buat Allahyarham Samad, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

1 comment

Salam pengenalan dari Norshah

Posted By: Norshah  Permalink in Peribadi

6

Oct

Selamat datang dan salam perkenalan dari saya, Norshah

Ini adalah blog pertama saya dari WordPress (WP), buat masa ini saya masih lagi cuba berjinak-jinak dengan fungsi-fungsi di dalam WP ini.

Sebelum ini saya biasa menulis di dalam laman-laman blog Blogger dalam bahasa inggeris. Topik yang selalu saya hebahkan adalah mengenai niche jana pendapatan melalui dunia online dari laman2 web yang menawarkannya secara percuma. Dan kini saya rasa tibalah masanya saya berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang masih cetek ini bersama-sama rakan sebangsa saya untuk manfaat kita bersama.

Saya kini menetap di Selayang Baru, Selangor, berjiran dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berusia 26 tahun dan hampir menamatkan zaman bujang saya dalam masa terdekat ini dengan teman seperjuangan saya yang juga teman sejak zaman persekolahan saya.

Mempunyai pengalaman bekerja dengan Citibank, Vads BHD, Pegawai Jualan kereta Hyundai dan MyIPO, kini saya mencari rezeki dengan bekerja sendiri dan terlibat dalam perniagaan offline dan online.

Tujuan saya menerbitkan blog ini adalah sebagai satu lagi sumber untuk perkongsian pendapat mengenai perniagaan, sama ada online dan offline dan juga untuk berkongsi maklumat dan peluang-peluang yang ada bersama anda. Di sampng untuk mempromosi produk-produk yang akan saya perkenalkan dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana mengunjungi blog sederhana saya ini. jangan lupa untuk melanggan secara percuma di RSS feed di atas sana untuk update-update terkini dari laman blog norshah.net .

no comment

 

January 2009
M T W T F S S
« Nov    
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

  • November 2008
  • October 2008

Kategori

  • For Sale
  • Peluang Buat Wang
  • Peribadi

Blogroll

  • Norshah English - Norshah Blog in English - The Long Way, Stories of life journey, motivation to success and sharing of ideas and tips on making money online, mostly free
  • Yummy Cakes Recipes - Yummy and delicious cake recipes

Download Ebook Percuma

Social Networking






Norshah's Facebook

Norshah.Net

  • Register
  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Free Web Hosting with Website Builder

100 Million Dollar Challenge

Recent Entries

  • Musim Kenduri Kahwin
  • Al-Fatihah Buat Allahyarham Samad Lefthanded
  • Zenzuu - Buat Duit melalui Social Networking
  • Yamaha 125ZR For Sale - Sold
  • Salam pengenalan dari Norshah

Recent Comments

  • Letting in Al-Fatihah Buat Allahyarham Samad L…

Copyright : Norshah.Net

Theme By London Venues & supported by Texas Driver Education.

Valid XHTML | Valid CSS 3.0